Banner 468


Minggu, 29 November 2009
0 komentar


MENGAPA MAKANAN PENTING UNTUK FUNGSI OTAK?

Nutrien atau zat-zat yang didapati daripada makanan mempengaruhi fungsi otak dan dengan itu mempengaruhi perangai dan juga kecerdasan otak seseorang itu. Pada erti kata yang lain otak kita membangun dan boleh berfungsi dengan menggunakan sumber-sumber protin, asid amino,lemak, karbohidrat. vitamin dan garam galian yang diperolehi daripada makanan yang kita makan.

1. PROTIN: Dari Protin, otak menghasilkan bahan-bahan Neurotransmitters untuk membolehkan sel otak menghantar maklumat dari satu sel kepada satu sel yang lain. Dari protin juga terhasinya enzim-enzim untuk berbagai fungsi penting sel. Dari protin juga terhasilnya kimia-kimia hormon sex, hormon tirod dan lain-lain. Malah 65% daripada bahan pembinaan sel tubuh dan otak adalah terdiri daripada protin.

2. LEMAK: Dari lemak pula kita memperolehi bahan-bahan asas untuk membina dinding sel (membran sel). kalau lemah dinding maka lemahlah sel, termasuk sel otak. Oleh itu lemak adalah penting untuk otak.

3. GELUKOS: Sejumlah besar glukos diperolehi dripada kabohiderat. Glukos ini merupakan sumber tenaga yang terpenting untuk membolehkan otak berfungsi.

4. GARAM GALIAN: Garam galian seperti magnesium, kalsium,sodium, potassium dan selenium adalah amat penting untuk membolehkan sel berhubung antara satu sama lain dengan sempurna. Galian-galian ini merupakan faktor pembantu dalam fungsi enzim.

5. VITAMIN: Vitamin adalah juga faktor pembantu yang penting untuk menghasikan bahan-bahan penting untuk fungsi otak. Vitamin juga mempertahankan oksigen yang penting untuk fungsi otak.

1

Leave a Reply

 

Followers